Pembantu Kiva Kamen Rider Kiva (watak)

Kivat-bat ke-3

Kivat-bat ke-3 (キバットバットⅢ世, Kibattobatto Sansei) adalah generasi ketiga dari keluarga Kivat-bat (キバットバット家, Kibattobatto Ke), yang berasal dari Puak Kivat (キバット族, Kibatto Zoku). Padanya ada dua warisan dari puaknya, iaitu Batu Maharaja Demon (魔皇石, Makōseki) yang berwarna hijau di dahinya, dan Kivat Persona (キバットペルソナ, Kibatto Perusona) pada mukanya. Dikenali sebagai Kivat oleh Wataru dan Shizuka, ia adalah pemabntu utama bagi Kiva dan mempunyai tabiat menggigit. Ia bertanggung jawab membantu Kiva termasuk membenarkannya menggunakan Sistem KV. Kepaknya yang dipanggil sebagai Kivat Wings (キバットウイング, Kibatto Uingu) diperbuat dari emas Lucifer (ルシファーゴールド, Rushifā Gōrudo).

Kivat mempunyai berat sebanyak 820 gram sahaja. Manakala tingginya hanya 280mm sahaja. Namun, ia mampu terbang selaju 70km sejam. Kivat juga bertanggung jawab menyekat kebolehan "Arms Monsters". Oleh itu, jika Kiva memanggil mana-mana ahli Arms Monsters untuk keluar dari istana Castle Doran, mereka tidak dapat menggunakan badan mereka, sebaliknya bertukar menjadi senjata untuk Kiva. Skil Kivat yang lain adalah seperti berikut:

  1. Bite - Ini adalah skill yang paling kerap digunakan oleh Kivat. Kivat gunakannya untuk:
    • Membenarkan Wataru bertukar menjadi Kiva.
    • Mengekang keupayaan Fangire untuk hidup bebas di dunia manusia termasuk menghalang mereka menggunakan mana-mana "Tenaga Roh" yang mereka simpan di dunia manusia.
    • Mengaktifkan serangan pemusnah dengan mana-mana senjata Kiva:
      1. Garulu Bite (ガルルバイト, Garuru Baito) digunakan khas untuk meggigit bilah Garulu Saber.
      2. Bassha Bite (バッシャーバイト, Basshā Baito) digunakan khas untuk meggigit pemegang Bassha Magnum.
      3. Dogga Bite (ドッガバイト, Dogga Baito) digunakan khas untuk meggigit batang Dogga Hammer.
    • Skil ini juga digunakan untuk menarik perhatian musuh apabila Kiva dijerut.
  2. Kivat Cutter (キバットカッター, Kibatto Kattā) - Kivat gunakan "Kivat Wings" sebagai pisau untuk membebaskan Kiva jika dijerut dan sebagainya.

Tatsulot

Pahlawan Naga Demon Tatsulot (魔皇竜タツロット, Makōryū Tatsurotto) atau Goldy Wyvern (ゴルディワイバーン, Gorudi Waibān). Alat ini membolehkan Kiva menggunakan suit Maharaja (Emperor Form). Proses pertukaran bermula selepas Kivat memanggil Tatsulot. Kemudian, Tatsulot membuka rantai-rantai pada bahu Kiva. Seterusnya, sayap berwarna keemasan muncul lalu transformasi Kiva dari bentuk asalnya kepada bentuk Maharaja selesai. Kivat tidak mengenali Tatsulot walaupun dia sudah lama tinggal di siling Castle Doran sejak dahulu lagi. Mereka juga mempunyai perangai yang berlawanan.

Tatsulot mempunyai ketinggian setinggi 110mm. Ia juga mempunyai kepanjangan dari kepala ke ekor sepanjang 250mm. Beratnya pula adalah seringan 650 gram. Akan tetapi, Tatsulot mampu terbang selaju 280km sejam. Pada Tatsulot, ada satu suis yang dipanggil Imperial Slot (インペリアルスロット, Inperiaru Surotto). Fungsinya adalah untuk memaksimumkan serangan pemusnah Kiva. Tatsulot kemudiannya mengumumkan serangan pemusnah Kiva. Antara pengumuman yang pernah dibuat oleh Tatsulot adalah seperti berikut:

  1. Wake Up Fever (ウエイクアップフィーバー, Ueiku Appu Fībā) - Tatsulot mengumumkan serangan pemusnah Kiva ketika dia menggunakan kaki kanannya sebagai serangan pemusnah. Serangan ini dinamakan sebagai Emperor Moon Break (エンペラームーンブレイク, Enperā Mūn Bureiku). Ia adalah tendangan berkembar Kiva dan ia mempunyai impak dua kali ganda dari serangan pemusnah biasanya.
  2. Garulu Fever (ガルルフィーバー, Garuru Fībā) Tatsulot mengumumkan serangan pemusnah Kiva ketika dia menggunakan senjatanya Garulu Saber sebagai serangan pemusnah. Serangan ini dinamakan sebagai Emperor Howling Slash (エンペラーハウリングスラッシュ, Enperā Hauringu Surasshu). Kiva kemudiannya akan sambungkan belakang Tatsulot dengan hujung pedang Garulu.
  3. Dogga Fever (ドッガフィーバー, Dogga Fībā) Tatsulot mengumumkan serangan pemusnah Kiva ketika dia menggunakan senjatanya Dogga Hammer sebagai serangan pemusnah. Serangan ini dinamakan sebagai Emperor Thunder Slap (エンペラーサンダースラップ, Enperā Sandā Surappu). Kiva kemudiannya akan sambungkan belakang Tatsulot dengan hujung tukul Dogga.

Castle Doran & Shoodoran

Castle Doran (キャッスルドラン, Kyassuru Doran) merupakan naga dari puak Doran (ドラン族, Doran Zoku). Asalnya, ia dipanggil sebagai Great Wyvern (グレートワイバーン, Gurēto Waibān), namun puak Fangire telah menagkapnya lalu menggabungkannya dengan istana sebagai markas "Arms Monsters" dan makhluk-makhluk lain. Wataru mewarisi naga ini dari ibunya. Naga ini bersembunyi di dalam satu bangunan konkrit hingga tiada manusia yang mengetahuinya. Apabila Kiva memanggilnya atau mana-mana penghuni di dalam istana itu, ia bangkit dari tempat persembunyiannya dan memberi laluan kepada penghuninya seolah-olah dirinya pintu bagi istana itu.

Castle Doran mempunyai ketinggian setinggi 32m dengan kelebaran sepanjang 41m dan berat sabanyak 18000t. Dianggarkan umurnya adalah 320 tahun (32 tahun naga). Naga ini mampu berlari selaju 80km sejam dan terbang selaju 120km sejam.

Castle Doran mempunyai kebolehan istimewa iaitu merampas "Tenaga Roh" dari Fangire yang telah dimusnahkan oleh Kiva. "Tenaga roh" ini digunakan olehnya sebagai bekalan untuk "Arms Monsters" untuk muncul dalam bentuk badan manusia, selama mereka berada di dalam istananya. Berikut adalah skil Castle Doran ketika berperang:

  1. Magic Missiles (マジックミサイル, Majikku Misairu) - Castle Doran menggunakan menara istananya untuk menebak musuh.
  2. Pod Shoots (ポッドシュート, Poddo Shūto) - Castle Doran mengeluarkan api dari mulutnya. Kadang-kadang, ia digunakan untuk membawa Kiva masuk ke istana sekiranya dia cedera ketika bertarung.

Pada istana Castle Doran, ada satu pintu yang dipanggil "Pintu Masa". Pintu ini jarang dibuka. Ia membolehkan manusia mengembara pada masa silam.

Castle Doran dibantu oleh Shoodoran (シュードラン, Shūdoran). Ia adalah seekor naga kecil yang bersembunyi disebalik kincir angin. Ia hanya muncul selepas mendengar jeritan Cstle Doran. Ini kerana ia terlalu muda untuk mendengar gelombang bunyi Fuestles. Dahulunya, ia ditangkap oleh puak Fangire kemudian mereka menggabungkannya dengan kincir angin. Ia bertanggung jawab sebagai pengintip dan penyerang.

Shoodoran mempunyai ketinggian setinggi 10.2m, dengan kelebaran 15.3m dan berat sebanyak 2800t. Umurnya dianggarkan 80 tahun (8 tahun naga) dan mampu terbang selaju 1100km sejam.

Shoodoran bercantum dengan bahagian atas istana Castle Doran ketika perlu. Hal ini untuk memberi Caslte Doran tenaga extra ketika perang. Ia juga mampu merampas "Tenaga Roh" seperti Castle Doran. Teknik serangannya adalah seperti berikut:

  1. Pod Batting (ポッドバッティング, Poddo Battingu)
  2. Doran Bomb Shoot (ドランボムシュート, Doran Bomu Shūto)
  3. Doran Blow (ドランブロウ, Doran Burō).

Buroon

Tugu Demon Buroon (魔像ブロン, Mazō Buron) adalah sejenis alat yang dibuat dari emas Lucifer. Ia direka oleh Fangire. Fungsinya hanya sebagai penaik taraf bagi kenderaan Kiva.

Tugu ini tingginya adalah 2.02m dan beratnya adalah 540kg. Tugu ini sahaja mampu bergerak selaju 650km sejam.